Bekas KSN Abdullah Ayub meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas KSN Abdullah Ayub meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal hari ini.

ABDULLAH AYUB
ABDULLAH AYUB 

Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi Bernama.

“Tun dimasukkan ke IJN 4 Dis lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Dis).

“Selepas menjalani rawatan, beliau meninggal dunia pada 1.33 pagi ini,” katanya.

Beliau berkata, solat jenazah akan berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini selepas solat Zohor, sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Dilahirkan pada 3 Jan 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Allahyarham dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Jan 1979 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 3 Jan 1981. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×