Bekas Ketua Polis Daerah Padang Besar dituduh lakukan seks oral, cabul kehormatan - Utusan Malaysia

Bekas Ketua Polis Daerah Padang Besar dituduh lakukan seks oral, cabul kehormatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Seorang bekas Ketua Polis Daerah Padang Besar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan seks oral dan mencabul kehormatan dua wanita, tahun lalu.

Tertuduh, Superintendan Ghazani Ab. Ghani, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik semua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Ghazani yang berasal dari Alor Setar, Kedah kini bertugas di bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Mengikut kertas pertuduhan, Ghazani didakwa melakukan seks oral dengan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor berusia 29 tahun tanpa kerelaan wanita itu di dalam kenderaan jenis Ford berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam daerah Arau antara pukul 12.10 tengah malam hingga 1 pagi, 31 Oktober 2017.

Dia juga berhadapan dengan tuduhan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan mangsa yang ketika kejadian bertugas di IPD Padang Besar di lokasi, masa dan tarikh sama.

Ghazani turut dituduh melakukan kesalahan sama iaitu seks oral dan mencabul kehormatan seorang lagi mangsa berusia 36 tahun yang merupakan kakitangan pengurusan IPD berkenaan.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukannya di dalam kereta jenis Perodua Axia berhampiran MRSM sama antara pukul 10 malam hingga 11.30 malam, 3 Julai 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×