Bayar segera BMT - Utusan Malaysia

Bayar segera BMT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Pembangkang menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan bayaran bantuan musim tengkujuh (BMT) kepada golongan penoreh getah yang sepatutnya mereka terima bulan Oktober lalu hingga Januari depan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan, sebaliknya bantuan sebanyak RM200 itu tidak diterima oleh penoreh sejak bulan lalu seperti mana ditetapkan.

Persoalan kini, tegas beliau mengapa kerajaan masih gagal melunaskan bayaran berkenaan dan di mana wang tersebut kerana BMT telah dimasukkan dalam peruntukan bajet 2018.

“Jadi kita nak tegaskan bahawa kerajaan mesti membuat pembayaran, sekarang sudah bulan Disember sebab peruntukan sudah lulus, Parlimen sudah luluskan.

“Di mana duit yang telah diluluskan Parlimen sedangkan pembayaran tidak dibuat kepada penoreh getah, segera bayar,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN