KUALA LUMPUR 6 Dis. – Meskipun dihentam ramai pihak berhubung pelbagai kenyataan kontroversinya, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik masih mendapat kepercayaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebagai seorang pejuang bahasa, Anwar Ibrahim memberi gambaran Maszlee perlu diberi peluang untuk terus menggalas portfolio berkenaan. “Baru enam bulan,” jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Mengulas berkenaan kaedah baharu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)…










