Bapa cari dana pembedahan anak - Utusan Malaysia

Bapa cari dana pembedahan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 2 Dis. – Di sebalik keceriaan wajah dan senyuman Qaireen Adriana Tihani Mohamed Haffiez, tersembunyi keperitan kanak-kanak berusia lima tahun itu yang menderita penyakit berkaitan jantung sejak lahir.

Qaireen Adriana Tihani menghidap penyakit berkaitan jantung sejak lahir.

Qaireen Adriana Tihani yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menghidap penyakit jantung tersumbat dan injap bocor yang menyebabkannya sering demam serta me­ngalami kesukaran bernafas.

Mohamed Haffiez Mansor Taridi berkata, anaknya itu sudah melalui tiga kali pembe­dahan termasuk semasa berusia 15 hari dan kini perlu menjalani pembedahan keempat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 11 Disember ini bagi membaiki injap dan membuka saluran injap serta jantung.

Dia yang bekerja di sebuah hotel di Bukit Tinggi di sini berkata, dia buntu untuk membiayai kos pembedahan keempat anaknya itu yang mencecah kira-kira RM35,000.

“Dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan, sukar bagi saya membiayai kos pembedahan apatah lagi wang simpanan saya telah habis digunakan bagi menampung kos pembedahan sebelum ini yang mencecah RM100,000.

“Anak saya juga perlu menjalani rawatan susulan di IJN setiap dua bulan yang memakan belanja sebanyak RM800 termasuk kos perubatan dan perjalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga ki­ni, dia mengumpul sebanyak RM12,000 hasil sumbangan orang ramai menerusi usaha Majlis Belia 4B negeri.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bo­leh menghubungi talian 019-6060168 atau menyalurkannya ke akaun Maybank 106062140735 atas nama bersama Moha­med Haffiez Mansor Taridi dan Qaireen Adriana Tihani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN