KUALA LUMPUR 5 Dis. – Yayasan Wilayah Persekutuan akan mengagihkan bantuan persekolahan bernilai RM650,000 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lama lagi. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, bantuan untuk pelajar kurang berkemampuan itu akan diserahkan kepada 13 parlimen di tiga kawasan wilayah persekutuan dengan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM50,000. “Bantuan ini sebagai usaha meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu-bapa pelajar…










