PUTRAJAYA 22 Dis.- Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid tahun satu hingga tingkatan lima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Bantuan Awal Persekolahan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM328 juta dan akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum diagihkan ke sekolah-sekolah mulai Januari depan. “Kerajaan memahami dan mengambil berat akan keperluan perbelanjaan dihadapi oleh ibu bapa menjelang…










