Bantu kutipan tabung veteran tentera - Utusan Malaysia

Bantu kutipan tabung veteran tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 10 Dis. – Kerajaan negeri akan membantu menjayakan kutipan tabung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) negeri ini yang dilancarkan tahun depan.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya akan mendapatkan kerjasama daripada individu, ahli perniagaan, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.

Menurutnya, usaha itu dilakukan bagi menghargai jasa veteran ATM yang telah berjuang dan berkorban untuk negara.

“Veteran tentera telah berjuang bermati-matian melawan komunis sehingga 1990 dan semasa konfrontasi dengan Indonesia.

“Berkat pengorbanan veteran, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang berjaya membanteras komunis sepenuhnya,” katanya dalam ucapan pada Majlis Sepetang Bersama Pemimpin, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Zulkifly Omar; Yang Dipertua PVATM negeri, Mejar (B) Datuk Sazali Ismail dan Panglima Markas 1 Bridged Infrantri, Brigadier Jeneral Loh Koi Leong.

Sempena program itu Aminuddin turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100,000 kepada tabung tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan veteran ATM sebagai penggerak kemajuan negeri kerana ramai dalam kalangan mereka berkhidmat sebagai ketua kampung, ketua komuniti, pemimpin masyarakat, imam, bilal dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan.

“Mereka ini adalah aset bernilai yang sama-sama memakmurkan Negeri Sembilan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN