SAUDARA PENGARANG,SAYA mewakili penduduk yang menetap berhampiran Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak, Selangor membantah cadangan penyahwartaan sebanyak 70 ekar (28.3 hektar) hutan berkenaan untuk dijadikan projek perumahan. Tapak yang dicadangkan itu berada di sebelah utara taman kami dan mempunyai kecerunan lebih daripada 20 darjah (cerun kelas tiga dan empat) yang mempunyai ketinggian altitud antara 100-200 meter dari aras laut. Disebabkan itu, sebarang pembangunan di tapak itu semestinya akan menyebabkan impak…










