PONTIAN 23 Dis. – Kira-kira 7,000 sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir di kawasan pantai timur bermula hari ini hingga 26 Disember. Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab berkata, selain anggota tetap, sokongan para sukarelawan diperlukan bagi menghadapi situasi anjir. “Selain anggota APM di Pahang, Kelantan dan Trengganu, bantuan dari negeri berhampiran termasuk peralatan dan logistik yang…










