KUALA TERENGGANU – Cuaca cerah sejak awal pagi ini membolehkan banjir yang melanda Terengganu sejak kelmarin semakin surut. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, bilangan mangsa banjir di seluruh negeri ini juga telah menurun kepada 674 orang setakat pukul 2 petang ini berbanding 1,471 orang semalam. “Daerah Setiu sudah pulih sepenuhnya daripada banjir dan kesemua 13 mangsa telah pulang ke rumah masing-masing. “Kemaman pula masih…









