KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih pada tengah hari ini susulan penutupan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah secara berperingkat pagi tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata ketika ini, hanya empat PPS masih beroperasi di Marang yang menempatkan 553 mangsa daripada 142 keluarga berbanding 1,023 orang daripada 261 keluarga di empat daerah pagi tadi. “Sepuluh PPS…










