KOTA TINGGI 12 Dis. – Seramai 605 mangsa banjir melibatkan 171 keluarga dari dua taman di daerah ini dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dilanda banjir kilat petang semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi, air setinggi kira-kira 0.5 meter naik di Taman Aman dan Taman Mawai akibat limpahan air sungai berdekatan selepas hujan beberapa jam semalam.

“Seramai 556 mangsa daripada 162 keluarga ditempatkan di Dewan Kolej Vokasional Kota Tinggi yang dibuka pukul 9.15 malam tadi manakala 49 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) New Kota pada pukul 1.05 pagi ini,” demikian menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan pagi ini. – UTUSAN ONLINE












