JOHOR BAHRU 12 Dis. – Seramai 605 orang daripada 171 keluarga di Taman Aman dan Taman Mawai dekat Kota Tinggi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, mulai malam tadi akibat banjir kilat. Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi, kesemua mereka dipindahkan akibat limpahan air Sungai Pemandi yang memasuki rumah masing-masing ekoran hujan lebat mulai 4 petang semalam. “Seramai 556 orang daripada 162 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kolej Vokasional Kota…










