KUALA TERENGGANU – Banjir yang melanda Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat Dungun semalam pulih sepenuhnya hari ini. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, pusat pemindahan sementara Surau Kampung Besol Lama telah ditutup sepenuhnya pada pukul 8.30 pagi. “Seramai 31 penduduk daripada lapan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara tersebut mula pulang untuk membersihkan rumah masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi. Dalam perkembangan berkaitan, Che Adam memberitahu, lembangan Sungai Marang, Sungai Terengganu dan Sungai Terengganu mencatatkan paras air antara 22 milimeter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya