Banjir jika hujan berterusan hingga tiga hari - Utusan Malaysia

Banjir jika hujan berterusan hingga tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 2 Dis. – Hujan lebat berterusan selama tiga hari hingga Selasa berkemungkinan akan menyebabkan beberapa kawasan berisiko di negeri ini dilanda banjir.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, kawasan yang berisiko dinaiki air termasuk di lembah-lembah dan berhampiran sungai.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini semua sungai utama di Terengganu berada pada paras normal manakala dua sungai di Setiu dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga.

“Pihak sekretariat sentiasa memantau dari semasa ke semasa kawasan berisiko seperti pedalaman dan telah menasihati pemimpin masyarakat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya cakna tentang hujan lebat berterusan di samping kenaikan paras air di lokasi berisiko.

“Kalau hujan lebat berterusan kita nasihatkan penduduk agar segera berpindah awal ke pusat pemindahan yang dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan di beberapa tempat di di negeri ini diramalkan berterusan sehingga esok.

Ia berikutan kedudukan palung monsun yang merentasi negara dan pengaruh angin timuran dari Lautan Pasifik Barat menyebabkan keadaan cuaca dijangka lembab terutama di Pantai Timur Semenanjung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN