KUALA TERENGGANU 21 Dis. – Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya dengan pusat
pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih, Marang ditutup tepat pukul 5 petang ini.
Sebelum ditutup, pusat pemindahan itu menempatkan mangsa terakhir melibatkan seramai 25
orang daripada lapan keluarga.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol. (PA) Che Adam Abdul
Rahman berkata, penutupan sepenuhnya PPS itu berikutan cuaca panas berterusan sejak
semalam selain kadar serapan air ke dalam tanah agak cepat.
“Dengan penutupan ini, penduduk yang terjejas banjir di PPS terakhir (SK Pasir Putih) telah
pulang ke rumah masing-masing petang ini,” katanya di sini petang ini. – UTUSAN ONLINE










