DEMI melancarkan dan meningkatkan kualiti prestasi serta latihan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia mengambil langkah drastik dengan mengecilkan skuad badminton negara bermula Januari depan. Pemain-pemain yang ti-dak memiliki pencapaian memberangsangkan akan berdepan kemungkinan digugurkan manakala kontrak beberapa jurulatih yang ber-akhir hujung tahun ini tidak akan disambung. Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Ng Chin Chai mendedahkan lima jurulatih serta 12 pemain akan digugurkan bagi menepati polisi baharu badan…










