BAM akan gugur 5 jurulatih, 12 pemain - Utusan Malaysia

BAM akan gugur 5 jurulatih, 12 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengecilkan skuad kebangsaan dengan menggugurkan lima jurulatih selain 12 pemain menjelang Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Datuk Ng Chin Chai memberitahu, keputusan itu dibuat berlandaskan kepada polisi baharu yang lebih tegas dan ia diharap mampu memberi kesan positif kepada skuad itu secara keseluruhan.

“Selepas penilaian dibuat, kami memutuskan untuk mengecilkan skuad sedia ada iaitu daripada 60 pemain kepada 48 pemain manakala jurulatih kebangsaan ketika ini yang seramai 17 orang akan diturunkan kepada 12.

“Ada di antara jurulatih ini tidak akan disambung kontrak mereka tetapi buat masa sekarang kami tidak akan mengumumkan nama-nama mereka.

“Senarai penuh nama-nama mereka ini akan diputuskan pada Januari ini,” katanya selepas mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN