Bahang final semakin dirasai - Utusan Malaysia

Bahang final semakin dirasai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Setiap aksi final tekanannya pasti amat dirasai bagaimanapun jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan melayannya apabila Malaysia akan bertemu Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok

Cheng Hoe berkata beraksi di laman sendiri pastinya memberi kelebihan dan walaupun tekanan kian dirasai bekas pengendali Kedah itu mahu pemain mengambilnya sebagai cabaran dan motivasi.

TAN CHENG HOE
TAN CHENG HOE 

“Setia perlawanan ada tekanannya. Tiada perlawanan yang tiada tekanan kerana kalau main bola sepak sosial sekali pun tekanan tetap ada. Bagaimanapun, saya selalu cakap kepada pemain untuk menjadikannya sebagai cabaran dan motivasi.

“Saya percaya pemain mampu mengatasinya. Kita ada pemain mida dan mereka perlu menikmati setiap perlawanan.

“Perlawanan di Hanoi berbeza kerana esok adalah final. Sudah tentu pemain telah mempelajari kesilapan yang dilakukan mereka pada perlawanan sebelum ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

SKUAD Harimau Malaya pada sesi latihan bagi persiapan menjelang
SKUAD Harimau Malaya pada sesi latihan bagi persiapan menjelang perlawanan akhir

Sebelum ini, Malaysia pernah tumpas 0-2 kepada Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan di Stadium Nasional My Dinh pada 16 November lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN