Azroy impi podium kategori SuperSport musim depan - Utusan Malaysia

Azroy impi podium kategori SuperSport musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA sedang meningkat naik, Azroy Hakeem Anuar memasang impian tinggi untuk memburu podium pada Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) musim depan selepas mempamerkan aksi terbaik pada penampilan pertamanya musim ini.

Pelumba berusia 19 tahun itu mengakui sedikit sukar untuk mengemudi jentera SuperSports 600cc, namun ia tidak mematahkan semangatnya apabila mengutip mata pada setiap pusingan dan rekod terbaik menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam pada perlumbaan pusingan keempat di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India.

Musim depan, Azroy akan menjadi pelumba utama dan akan bergandingan dengan Mohd. Helmi Azman selepas menggantikan tempat Mohd. Zaqhwan Zaidi.

“Secara keseluruhan saya gembira kerana berjaya mengutip mata dan mempelajari daripada kesilapan sebelum ini.

“Terima kasih kepada Musashi Boon Siew Honda yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk kekal bersama mereka,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Ketika ditanya mengenai sasarannya, Azroy menegaskan perlumbaan musim depan lebih terbuka kerana ramai pelumba berpengalaman meninggalkan perlumbaan SuperSports dan beraksi dalam kategori 1000cc.

“Saya yakin sekiranya tidak melakukan sebarang kesilapan, peluang untuk menaiki ­podium itu ada.

“Perkara utama yang saya perlu lakukan adalah fokus dan memahami keadaan jentera. Jika dua perkara ini saya dapat atasi saya yakin mampu untuk memberi tentangan untuk muncul juara,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN