Azmin yakin Cameron Highlands milik PH - Utusan Malaysia

Azmin yakin Cameron Highlands milik PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis.- Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini yakin kerusi Cameron Highlands bakal dimenangi Pakatan Harapan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan nanti.

Mohamad Azmin berkata, segala keputusan bagi meletakkan calon akan diputuskan nanti selepas perbincangan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Apa yang pasti katanya, calon akan ditentukan bukan berdasarkan parti sebaliknya mewakili keputusan semua pihak dalam pakatan itu.

“Keputusan dibuat seperti mana ditegaskan Pengerusi Pakatan Harapan sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu kita bertindak sebagai satu pakatan dan dibuat secara konsensus.

“Kita harap Cameron Highlands jadi milik kita dan milik rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C.Sivarrajh terbatal ekoran berlakunya rasuah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN