KUALA LUMPUR 22 Dis. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendoakan negara kekal aman dan makmur di bawah kepemimpinan Tun. Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau juga mendoakan agar Perdana Menteri dianugerahkan kesihatan yang baik bagi memimpin negara.
“Saya mendoakan semoga negara Malaysia kekal aman, makmur dan wibawa di bawah pentadbiran dan kepimpinan YAB @chedetofficial sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Saya juga mendoakan di hadapan Kaabah semoga Allah SWT menganugerahkan YAB Tun @chedetofficial dengan kesihatan yang terbaik dan kekuatan untuk memimpin umat dan negara Malaysia,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata demikian menerusi hantaran dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.
Saya mendoakan semoga negara Malaysia kekal aman, makmur dan wibawa di bawah pentadbiran dan kepimpinan YAB @chedetofficial sebagai Perdana Menteri Malaysia.
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) December 22, 2018
Saya juga mendoakan di hadapan Kaabah semoga Allah SWT menganugerahkan YAB Tun @chedetofficial dengan kesihatan yang terbaik dan kekuatan untuk memimpin umat dan negara Malaysia.
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) December 22, 2018
Menerusi akaun Twitter tersebut juga, Mohamed Azmin turut berkongsi gambarnya dan keluarga menunaikan ibadat umrah dan ziarah di Mekah. – UTUSAN ONLINE










