Aziz Bari beri keterangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

Aziz Bari beri keterangan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 5 Dis. – Exco kerajaan negeri, Dr. Abdul Aziz Bari mengesahkan beliau telah memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung dakwaan beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Abdul Aziz yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri memberi keterangan selama dua jam kepada pegawai SPRM yang datang menemui beliau di sini.

“YB Dr. Abdul Aziz Bari telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau, hari ini.

Terdahulu, difahamkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM akan memanggil Abdul Aziz bagi membantu siasatan dakwaan menjatuhkan Menteri Besar Perak.

Abdul Aziz dipanggil untuk memberi keterangan kerana dikatakan mendapat tawaran jawatan dan sebagainya.

Sebelum ini, Abdul Aziz menafikan tuduhan beliau merupakan individu yang mahu menjatuhkan Ahmad Faizal.

Menurut Abdul Aziz, tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad merupakan gimik murahan dan tidak logik untuk dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN