KUALA LUMPUR – Selepas lima hari ditahan di hospital, kesihatan vokalis kumpulan rock legenda, Datuk Awie semakin baik dan telah dibenarkan pulang ke rumah, petang tadi. “Alhamdulillah, syukur saya sudah keluar dari hospital.Terima kasih atas ingatan, ucapan dan doa semua,” kata Awie kepada Kosmo! Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 50, dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri sejak minggu lalu kerana kesukaran bernafas. Sementara itu, pengurusnya Ejat memberitahu, sebaik sahaja…










