TUMPAT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kehadiran binatang berbisa khususnya ular yang mungkin ‘menumpang’ di rumah mereka di musim tengkujuh. Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, perubahan cuaca sejak kebelakangan ini menyebabkan binatang seperti ular menyusup masuk untuk mencari tempat perlindungan seperti di dalam rumah ataupun kenderaan. Beliau berkata, sepanjang tahun ini JBPM Kelantan menerima sebanyak 170 panggilan berhubung ular manakala 190 lagi berkaitan…










