PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini memberi keterangan kira-kira lima jam di ibu pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB). “Saya telah memberikan kerjasama penuh dan serahkan kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan,” kata Dzulkifli ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan. Beliau tiba kira-kira 10.25 pagi dan meninggalkan premis berkenaan…










