LONDON 22 Dis. – Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan dua gol sambil Arsenal kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Burnley 3-1 semalam selepas Mesut Ozil dikembalikan ke barisan utama sebagai kapten.
Dua golnya membawanya mengatasi pemain Liverpool, Mohamed Salah sebagai penjaring gol utama Liga Perdana dan terus mengukuhkan Arsenal dalam memburu kesudahan empat teratas.
Jaringannya yang ke-11 dan 12 musim ini memberikan Arsenal mendahului Burnley yang bergelut bimbingan Sean Dyche 2-0 yang kembali menyaingi perlawanan menerusi Ashley Barnes dan menggugat tuan rumah beberapa kali sebelum pemain gantian, Alex Iwobi menjaringkan gol lewat.
Bos Arsenal, Unai Emery berkata, dia menjangkakan satu tentangan fizikal yang getir menentang Burnley yang tersekat dalam zon penyingkiran selepas menduduki tempat ketujuh musim lalu.
“Soal fizikal menjadi sebahagian bola sepak dan anda pelu jadi gagah.
“Kedua-dua pasukan perlu menonjolkan diri mereka secara fizikal dan dengan kualiti. Kami menonjolkan pelan permainan kami dan kami gembira dengan ini.
Dan Emery memuji Ozil atas sumbangannya kepada kemenangan itu, berkata, dia bermain dengan sangat baik.
“Kami mahu Mesut seperti hari ini,” ujarnya.
Arsenal yang kekal tempat kelima dalam Liga Perdana, melalui 22 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan sebelum kekalahan hujung minggu lalu kepada Southampton dan kalah di tempat sendiri kepada Tottenham pada pertembungan suku akhir Piala Liga pertengahan minggu.- AFP










