Atasi segera masalah kebersihan di Pasar Besar Ipoh - Utusan Malaysia

Atasi segera masalah kebersihan di Pasar Besar Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 24 Dis. – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kebersihan yang dihadapi peniaga di Pasar Besar Ipoh di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata, keadaan pasar itu terutama di bahagian jualan daging yang telah lama tidak dibersihkan menyebabkan peniaga terpaksa menjalankan perniagaan dalam persekitaran kotor.


Katanya, selain masalah kebersihan, peniaga turut berdepan dengan masalah tikus yang sering berkeliaran di kawasan berkenaan.


“Kesemua masalah ini telah saya adukan kepada MBI dan mereka harus turun padang. Saya dimaklumkan yang pasar ini telah lama tidak dicuci dan saya mahu lihat ia dibersihkan segera,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan sempena Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018 di Pasar Besar Ipoh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN