KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini sebentar tadi kira-kira pukul 8.05 pagi bakal menghadapi pertuduhan berhubung laporan 1MDB.
Beliau yang hadir diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menghadapi pertuduhan bersama Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB di Mahkamah Sesyen Jenayah 8.

Semalam SPRM telah menahan Arul Kanda pukul 10.32 pagi. – UTUSAN ONLINE










