KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy tiba Kompleks Mahkamah di sini atas pendakwaan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Arul Kanda tiba pada pukul 8.05 pagi diiringi kereta peronda polis serta pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kosmo! hari ini melaporkan Arul Kanda ditahan selepas sejam hadir ke ibu pejabat SPRM semalam susulan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
Beliau ditahan pukul 10.35 pagi dan tidak dibenarkan ikat jamin.
Peguam mewakili Arul Kanda, Datuk N Sivananthan, mengesahkan anak guamnya akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa. – K! ONLINE










