Arul Kanda didakwa bersubahat bersama dengan Najib pinda laporan 1MDB - Utusan Malaysia

Arul Kanda didakwa bersubahat bersama dengan Najib pinda laporan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Arul Kanda, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib untuk meminda laporan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di baca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah.

Mahkamah turut menetapka 4 Januari tahun depan untuk sebutan semua kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN