Arjun Rampath jangan jadi penyibuk! - Utusan Malaysia

Arjun Rampath jangan jadi penyibuk!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Jangan jadikan isu perkauman dan agama di negara ini untuk raih populariti murah di India.

Itu amaran diberikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), ketika ditemui dalam sidang akhbar di Kedutaan India di sini hari ini.

Pengerusi MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan ahli politik India, Arjun Sampath mengapi-apikan kejadian rusuhan dengan sentimen perkauman dan agama dianggap sebagai ‘menyibuk’.

“Bangsa India di negara ini adalah rakyat Malaysia, jadi jangan cari populariti murahan konon-konon untuk membela rakyat India di sini.

“Henti bermain dengan isu perkauman dan agama di Malaysia. Kenyataan bahawa kuil itu dirobohkan adalah satu penipuan. Kalau tidak percaya boleh datang ke sini,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay dan wakil Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Hussien Abu Baker. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN