SEPANG 15 Dis. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersama Pertubuhan Pemandu, Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) hari ini melancarkan aplikasi e-hailing, Callme yang berperanan mempromosi, mengiklan dan memperkenalkan perkhidmatan melibatkan pemandu teksi kepada masyarakat. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Callme yang merupakan inisiatif bersama Koperasi Pemandu dan Pengusaha Teksi Limosin dan Kereta Sewa Selangor Berhad (Kopetekma) itu membantu pemandu teksi khususnya di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa…