Anwar minta semua pihak hormati keputusan Nurul Izzah - Utusan Malaysia

Anwar minta semua pihak hormati keputusan Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis.- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak untuk menghormati keputusan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden parti itu.

Namun begitu, jelas Anwar, keputusan yang diambil oleh anak sulungnya itu merupakan satu kerugian besar kepada PKR dan negara.

“Saya tidak dapat nafikan keputusannya itu satu kerugian besar bukan hanya kepada PKR tetapi seluruh negara.

“Saya harap kesemua anggota parti dan seluruh rakyat Malaysia menghormati keputusannya dan memberikan beliau ruang untuk mempertimbang dan membuat keputusan muktamad berkaitan tindakan selanjutnya,” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini, hari ini.

Pada 17 Disember lalu, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Jelas Nurul Izzah, beliau hanya mahu berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa terikat dengan jawatan di dalam parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN