PUTRAJAYA 7 Dis. – Anugerah Pencapaian Kecermerlangan dalam Membanteras Rasuah sempena Anugerah Kecemerlangan Anti Rasuah Antarabangsa Sheikh Tamim Hamad Al Thani yang dianjurkan julung kalinya di Malaysia dimenangi oleh dua aktivis antirasuah masing-masing dari Afrika Selatan dan Nigeria. Mereka ialah Naib Presiden Integriti Bank Dunia, Leonard F. McCarthy dan bekas pegawai antirasuah kerajaan Nigeria, Nuhu Ribadu. Selain itu, sebanyak enam lagi aktivitis antirasuah menerima anugerah-anugerah lain iaitu Anugerah Inovasi Anti…










