Angkasa bantu bangunkan koperasi negara-negara OIC - Utusan Malaysia

Angkasa bantu bangunkan koperasi negara-negara OIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) melakar sejarah baharu apabila dipilih Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menggerakkan ekonomi di negara tersebut menerusi institusi koperasi.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ketika ini hanya 20 daripada 57 buah negara Islam sahaja yang mempunyai pergerakan koperasi aktif manakala 37 negara lagi disifatkan sebagai tidak aktif.

“Jadi, Angkasa akan be­kerja­­sama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) untuk menggerakkan koperasi ter­utamanya di 37 buah negara tidak aktif memandangkan institusi kewangan itu merupakan bank untuk semua negara-negara Islam.

“Mengikut jangkaan se­masa, hanya 160 juta orang sahaja yang menjadi ahli koperasi di kesemua negara OIC berbanding jumlah keseluruhan penduduk yang dicatat­kan iaitu kira-kira 1.6 bilion,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Perbincangan Meja Angkasa- OIC 2018 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN