Anggota polis maut kemalangan - Utusan Malaysia

Anggota polis maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 29 Dis. – Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 1 Jalan Bentong-Raub di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu ialah Mohd. Effendi Muhamad, 33, yang bertugas di cawangan khas Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub.

Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, semasa kejadian mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan dalam perjalanan bersama dua rakannya dari Kuala Lumpur ke Raub.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik .

“Akibat kejadian, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN