Andrew Broad tarik diri daripada pilihan raya Australia - Utusan Malaysia

Andrew Broad tarik diri daripada pilihan raya Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALLEE 18 Dis.- Ahli Parlimen Mallee, Andrew Broad, 43, mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum Australia akan datang ekoran skandal yang mengaitkan beliau dengan penggunaan laman mencari pasangan untuk memikat seorang wanita.

Broad yang meletak jawatan sebagai pembantu menteri mengumumkan keputusannya itu dalam satu kenyataan semalam.

“Hari ini, saya telah memaklumkan Presiden Parti Nasional tentang penarikan balik pencalonan saya untuk bertanding mewakili Mallee pada pilihan raya persekutuan yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, pemilihan calon bagi mengisi kekosongan kerusi ahli parlimen Mallee akan dibuat awal tahun depan

Dalam satu pendedahan dibuat semalam, Broad yang sudah berkahwin didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan sorang wanita yang dipercayai 20 tahun lebih muda daripada usia ahli politik itu.

Broad didakwa bertemu wanita tersebut dalam satu lawatan sempena persidangan di Hong Kong.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×