KUALA LUMPUR 19 Dis.- Golongan muda ketika ini dilihat semakin muak dengan senario politik semasa dan mereka mengharapkan satu perubahan politik yang lebih segar dan baharu berlaku selain diterajui oleh kepemimpinan muda. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha menjelaskan, pihaknya sendiri juga penat menyaksikan senario politik semasa negara, oleh itu terdapat mesej jelas daripada anak muda sekiranya terdapat gerakan wadah politik baharu berteraskan orang muda diwujudkan. “Satu mesej sahaja…










