AMK mahu PTPTN tangguh PGB - Utusan Malaysia

AMK mahu PTPTN tangguh PGB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Selain golongan mahasiswa dan majikan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyuarakan bantahan agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguh pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) serta-merta kerana dilihat membebankan.

Ketua AMK merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata, pihaknya mahu mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan bagi memastikan penyelesaian secara menyeluruh dan adil dapat dicapai berhubung isu tersebut.

“Pengumuman PGB bermula Januari depan seperti diumumkan Wan Saiful telah mendapat reaksi negatif terutama dalam kalangan peminjam PTPTN.

“Selain peningkatan peratusan bayaran terlampau tinggi berbanding pendapatan bulanan, perkara ini perlu diteliti dari sudut perjanjian yang telah dipersetujui antara PTPTN dengan peminjam bagi kadar bayaran balik sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Wan Saiful berkata, kaedah PGB mamppu memberi faedah yang lebih besar kepada peminjam berpendapatan rendah kerana dilaksana mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam berbanding kaedah lama yang bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayar balik.

Begitu pun, ramai pihak menyuarakan bantahan dan menganggap kaedah itu membebankan termasuk Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan juga penyokong Pakatan Harapan yang berasa tertipu dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN