AMK mahu PTPTN fokus peminjam masih belum buat bayaran - Utusan Malaysia

AMK mahu PTPTN fokus peminjam masih belum buat bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Perbadanan Tabung Tinggi Nasional (PTPTN) seharusnya fokus kepada peminjam yang masih belum membayar sebarang pinjaman serta mereka yang mempunyai masalah dalam membayar pinjaman tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, fokus perlu diberikan kepada yang belum membayar hujang pinjaman itu supaya mereka boleh membayar balik pinjaman itu dengan kerap dan juga konsisten dan bukannya peminjam yang sudahpun membayar secara berterusan.

“Saya akan berjumpa sendiri dengan pengerusi PTPTN untuk menyampaikan hasrat atau pandangan daripada anak-anak muda supaya kita dapat bersama-sama menjamin kelangsungan pembayaran tetapi dalam masa yang sama tidak membebankan para peminjam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Rakyat Parlimen Johor Bahru di Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, antara maklum balas yang diterimanya daripada golongan peminjam PTPTN ini ialah mereka mahu diberikan masa yang mencukupi untuk membuat sebarang penyelarasan sebelum pelaksanaan pembayaran baru dilaksanakan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN