AMK ingin jadi calon di Cameron Highlands - Utusan Malaysia

AMK ingin jadi calon di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kerusi Parlimen Cameron Highlands kini menjadi rebutan antara DAP dan PKR apabila Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menyuarakan hasrat untuk menjadi calon serta bertanding di situ.

MOHD. FAHMI ZAINOL
FAHMI

Pengarah Pilihan Raya AMK, Fahmi Zainol berkata, kawasan tersebut yang terkenal dengan industri pelancongan dan pertanian harus dipimpin oleh golongan muda bagi membolehkan perubahan infrastruktur dijalankan demi manfaat masyarakat.

“Sayap AMK yang sentiasa padat dengan idea-idea bernas perlu diberi peluang untuk membawa suara rakyat dalam menjana ekonomi lebih baik kepada pengundi di Cameron Highlands.

“Kami mengalu-alukan peluang yang akan diberikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Cameron Highlands,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal dan tidak sah serta mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.

Hakim Azizah Nawawi berkata, calon DAP, M. Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN