Aminuddin diugut tidak teruskan #DaulatHimpunan812 - Utusan Malaysia

Aminuddin diugut tidak teruskan #DaulatHimpunan812

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Aminuddin Yahya mengakui menerima ugutan yang memintanya untuk tidak meneruskan himpunan #DaulatHimpunan812 hari ini.

Aminuddin Yahya
Aminuddin Yahya 

“Saya menerima panggilan telefon yang mengugut supaya saya tidak buat himpunan ini.

“Tapi bagi saya, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, himpunan hari ini adalah bukti bahawa orang Melayu pantang dicabar,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)#DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tambah Aminuddin, sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam, mereka mendesak supaya parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas supaya bersatu.

‘Bersatulah, kerjasamalah parti-parti politik Melayu ini, kami sudah tak tahan Islam dan bangsa Melayu ditekan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN