Ambrin hadir ke SPRM rakam keterangan - Utusan Malaysia

Ambrin hadir ke SPRM rakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebentar tadi.

Beliau tiba kira-kira pukul 2 petang dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dipercayai untuk dirakam keterangan berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul 10.25 pagi tadi.

Akhbar Kosmo! pada 26 November lalu melaporkan, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah diubah.

Jelasnya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenai perkara tersebut dan dua perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu ialah mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan status kewangan 1MDB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN