Ambil iktibar kes Adib - Tengku Abdullah - Utusan Malaysia

Ambil iktibar kes Adib – Tengku Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 18 Dis. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang bersimpati dan sedih dengan berita kematian anggota bomba, Mohammad Adib Mohd. Kassim mahu semua pihak khususnya golongan muda mengambil pengajaran daripada kejadian berkenaan.

Baginda yang berharap keluarga Mohammad Adib, 25, bersabar dengan ujian berkenaan bertitah, mana-mana pihak tidak seharusnya mengambil tindakan melulu apatah lagi melibatkan nyawa seseorang.

“Jangan kita cepat membuat tindakan yang boleh mengakibatkan (kehilangan) nyawa seseorang itu atau mana-mana tindakan agresif yang mungkin boleh mendatangkan musibah kepada mereka yang terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuba elakkan kejadian ini daripada berlaku,” titah baginda selepas menyempurnakan Majlis Serahan Zakat Perniagaan Badan-badan Korporat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Mohammad Adib yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.40 malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×