KUALA NERUS 1 Jan. – Ambang Tahun Baharu 2019 di Terengganu diteruskan dengan resam yang sama seperti tahun lalu melalui pelbagai acara berbentuk keagamaan sebelum dan selepas detik 12 tengah malam. Sambutan yang bermula kira-kira pukul 6.30 petang di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak di sini dimulakan dengan solat Maghrib beramai-ramai di samping kuliah yang disampaikan oleh Mufti Terengganu, Datuk Dr. Zulkifly Muda dan kemudian jemaah…