MENGENANG kembali memori 13 tahun lalu ketika mereka mengikat tali perkahwinan dan melangsungkan majlis persandingan, tidak banyak kenangan yang sempat disimpan. Jeda waktu berlalu mungkin menjadi faktor, namun hal lain yang menyebabkan memori indah tersebut sukar mendapat tempat dalam ingatan mereka adalah kerana majlis yang berlangsung dahulu dipenuhi dengan tekanan dan provokatif daripada pihak tertentu. “Malam ini saya dan isteri tetap berdebar, sebab ia umpama persandingan kali pertama kami. Kami…










