Alumni GPMS Kebangsaan sokong program pemutihan van, bas sekolah - Utusan Malaysia

Alumni GPMS Kebangsaan sokong program pemutihan van, bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 Dis. – Alumni GPMS Kebangsaan menyokong penuh langkah kerajaan untuk melaksanakan program pemutihan van dan bas sekolah tidak berdaftar demi keselamatan para pelajar.

Presidennnya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, ini kerana murid atau pelajar yang menggunakan perkhidmatan kenderaan yang tidak berdaftar seperti itu berdepan risiko tinggi sekiranya berlaku kemalangan.

Beliau seterusnya mencadangkan supaya program pemutihan seumpama itu dilaksanakan secara cuntas melibatkan semua sekolah di seluruh negara, bukannya di sekolah-sekolah tertentu sahaja.

“Alumni GPMS Kebangsaan menyokong usaha kerajaan melaksanakan program pemutihan van dan bas sekolah tak berdaftar ini memandangkan risikonya tinggi dan sudah tentu membahayakan pelajar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Anuar menyatakan perkara itu ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengenai proses pemutihan van dan bas sekolah yang tidak berdaftar tahun depan.

Sambil menasihati ibu bapa agar jangan risau mengenai pelaksanaan program itu nanti, Anthony berkata, program itu hanya melibatkan kenderaan seperti van dan bas yang membawa 10 hingga 15 pelajar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN