KUALA LUMPUR 10 Dis. – Bukan setahun dua pemenang tempat ketiga program realiti Mentor Milenia 2017, Along Zaimi membuka kedai burger namun, perkongsiannya baru-baru mengundang sindiri warganet yang mendakwa dia sudah tidak laku lagi dalam industri. Hanya tergelak tatkala soalan itu ditanya, Along berkata, kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa sementelah, single baharunya, Lupa baru dilancarkan Julai lalu. Malah, penyanyi ini juga masih menerima undangan persembahan namun disebabkan jarang keluar…









